Aku Ikut....

Wednesday 12 December 2012

Sebotol Minyak Angin




Nama aku Amin. Aku sorang yang sangat nakal kat kolej ni. Ala-ala budak setan dalam Lagenda Budak Setan atau ala-ala Kekasihku Is Setan yang dalam drama kat Astro tu. kisah aku bermula masa aku dalam semester awal ketika pengajianku bermula. Hasil dari kenakalan dan kesetanan aku tu, aku tak ramai kawan dekat sini. Sebab semua orang mencik untuk tau pun tentang aku ni. Malah seingat aku la, kalau wat anugerah pelajar paling dibenci aku rasa konpem la.. silap2 99% undi tu dapat dekat aku. Sebab memang sangat nakal dan membencikan aku rasa aku ni.

Aku ada satu perangai, aku suka toi bak kata budak2 asrama ni untuk “fly”. Rasa tak pernah plak la aku miss tiap kali mai time diperlukan untuk fly tu. kalau nak cakap bab kantoi ni jangan kata la kan, tupai mana tak jatuh ke tanah ni. Tapi aku slumber ja.. aku kesah apa kan? Aku nak wat aku wat ja. (degil sama ni). Satu hari tu, waktu aku fly tu, aku kena kejar dengan guard. Baik punya lari tu, last2 kaki aku terpelecok. Sakit sangat weyh.. tapi masa jatuh tu tahan ja la sakit. Hero kan, layan ja la.. lari aku smpai kat bawah blok, ada sorang mamat ni tegur aku, nama dia Ahmad. Bermula la perkenalan aku dengan Ahmad. Dia ni sorang kawan yang baik aku ingat lagi, masa aku lari tu, last aku dah tak berdaya dah. Dia la yang mai selamatkan aku. Dia tarik aku masuk satu tempat tu, pastu, dia urut kaki aku yang terpelecok tu. masa kejadian ni, aku rasa aku macam nak pengsan ja. Sakit weyh,. Seyes.. tapi aku nangis dalam ati ja la. hero kan. Malu la ngs depan orang. Masa hari tu kan, pas da letak aku kat kusi kat bilik, Pastu urut kaki aku.. aku pun apa lagi. Tanya aa.. 

“weyh.. napa ang selamatkan aku?”

“selamatkan ang? Ni dah kaki ang sakit. Aku urut la.. lagipun ang kan cedera. Takkan aku nak tengok saja” 

“ang tak kenai ka aku sapa? “

“ang Nates kan? Toi dak? “

“ya aku.. weyh.. sat-sat.. aku rasa aku penah tgk ang la.. “

“yaa.. aku la.. yang ang prank dengan air dekat tepi pintu tu, ang dah lupa? Pas dari tu, aku terus buang baju tu. busuk sangat..”

“then? Napa ang nak selamatkan aku? Aku wat salah kat ang kot..”

“ tu kisah lama bro, skg ni ang memerlukan aku nya bantuan, takkan aku nak tengok saja? “

Aku terdiam. Dalam hati tertanya. Apa la mamat ni nak wat kat aku. Seingat aku la. dalam bebanyak yang aku prank, dia ni paling teruk aa.. da la busuk, pastu kan, depa orang kot. Ramai gila masa tu.. rasa aku, dia memang malu tahap gaban la masa tu, tapi ntah camna, baik jugak hati nak tolong aku.. tapi aku macam besa la. akan berhati2 takut terkena balik. Tapi dia langsung tak tunjukkan tanda nak balas dendam. Lepas ja dia urut aku, aku rasa sakit aku kurang, pastu dia balut kaki aku. N sebelum dia ata aku balik bilik, dia ada pesan, “sok aku mai lagi, kaki ang ni teruk, kena dalam seminggu aku urut baru baik, insyALLAH, pastu ang kena a pantang makan, jgn makan ice, nanti urat tu tak okeh. Sebelum aku pergi, aku nak kenaikan diri dlu, nama aku Ahmad.  Selamat berkenalan..

Sekali lagi aku ditinggalkan tanpa kata. Bak kata orang utara aku dah selop lah aku ni cepat heran ni.. camna la dia layan aku baik. Pastu tak marah plak aku wat cam dulu. Paling aku tak lupa skali, dalam masa seminggu ni, hari2 dia mai urut kaki aku, dah la tu, ciap bawa makanan lagi.. ada jugak aku tanya..

“weyh. Ni makanan ang ni selamat dak?”

“ang takut aku santau ka?kalau kata aku nak kenakan ang bro, dah lama dah. Bukan payah pun. Aku dok urut kaki ang ni. Ang pun tau kan, kaki ni pusat segala titik kat badan. Leh ja aku nak bagi cket power kat mana2 titik ang ni. Wat ang taleh jalan ka, darah jalan tak comei ka.. ang apa tau kan? “

Plak dah. Padan muka aku. Kan dah kena.. hahaha. Sekali lagi, tak bercakap aku kena dengan Ahmad.  Dan mulai hari tu la, hari keenam aku diurut dia, aku mulai kenai dia. orang Utagha jugak dia ni. Baik sangat bagi aku la. ta pernah marah. Pastu jaga segala2 menda dalam idup dia. tak pernah dia tak pesan kat aku jangan lupa solat. Malah tiap kali dia mai kat bilik aku kan, dia mesti akan tanya, tu lum aku cita dia rajin p amek air kat tailet supaya aku leh wuduk dan lepas tu paksa aku solat dengan dia. So far, aku rasa dia kawan yang baik. Dan kami pun dah jadi kawan baik selepas itu. Walau aku masih nakal kan, tapi aku sendiri tak sangka macam mana leh wujud lagi manusia macam dia ni, kalau aku la kena macam dia kena, mau aku dendam tahap dinasour, memang dia kena balik la lambat ka cepat, tapi dia ni. Tak pernah macam tu, aku pernah gak cita kat dia, kalau apa jadi kat dia tu jadi kat aku, aku mesti balas, dan nak tau apa dia kata, 

“ ang buleh tak takyah dok cita pasai tu, suma tu dah ketentuan ALLAH kan. Aku ta rasa apa-apa pun, yang ang nak tacing teruk2 pasai apa? Mau aku sekeh pala ang? “

Tengok? Aku kena marah kan? Terbaekkk.. aku heran lagi smpai ke sekarang ni. Apakah ada udang disebalik char koey teow? Tapi aku masih tak jumpa. Segalanya bermula dengan baik. Lepas dari aku kenai dia kan, banyak menda aku belajar dari dia. dulu kan, aku selalu fly sorang2.. sekarang ni. Nak fly pun da ta bleh, sebab dia sangat besh. Sebab dia tau aku fly sebab nak makan kan? Leh dia sediakan bekalan makanan banyak2 supaya aku tadak alasan nak fly. Aku kata aku nak tgk bola, dia p cari kat aku, ntah camna cara aku tatau, aku leh tgk bola. Aku pn heran, mana mai manusia baik tara ni ntah.. lum penah aku jumpa. Ni first time la.

Satu hari tu, sekali lagi aku tacing. Nak tau cita. Dia leh p bagi gepren yang dia suka tu kat aku. Dia ni suka sangat kat sorang budak tu, nama dia Ayu. Budak baik jugak ni. Tapi satu hari tu aku dapat tau dia tinggal budak tu. cita dia asal aku tatau pun dia dok layan dak tu, n dia suka dak tu, smpai satu hari aku cakap la. “weyh Ahmad, aku suka la kat Ayu tu.. “ dan tak sangka jugak, rupanya dia tinggalkan budak tu camtu ja, dah tak rapat ng budak tu, tak cukup dengan tu, dia gtau budak tu yang aku suka budak tu. aku benar hairan lagi dengan dia ni. Awat dia leh wat macam tu.. awat dia sanggup nak korbankan rasa dia sendiri hanya sebab aku suka dak tu.  satu hari aku terjah la. apa lagi..

“Ahmad, awat ang tinggalkan Ayu? “

“Ayu? Napa dengan Ayu? Ayu mana ni? “

“ni.. ang cuba jangan dok pusing cita, awat yang ang leh tinggal Ayu yang aku suka tu ? aku tau ang suka dia kan.. awat ang nak wat macam tu? “

“ehh. Mana ada aku suka dia la.. ang pandai2 ja.. “

“ang jangan tipu aku bro, satu kolej kecoh sal ang dengan dia.. tapi napa ang bagi dia dekat aku sedangkan ang suka dekat dia? “

“ehh.. pandai la ang ni.. tadak la.”

“aku tak kira weyh. Ang kena jawap soalan aku..”

“bro, hati ni walau dia duduk dalam diri kita, tapi dia bukan milik kita, hak kita, ALLAH yang kawal dia, yang leh beri rasa pada dia bro, dah ati aku tak nak kat dia..nak wat camna..? tu kan kosa ALLAH? “

Kali ni aku terdiam, rasa aku takleh nak cakap apa dah.. susah kan bila cakap dengan dia ni. Bila dia bagi ayat mati camni. Aku langsung taleh nak kata apa.. hurmmm.. aku tak daya nak kata apa, melainkan berdiam diri, dan meneruskan jugak idup ni tanpa ada rasa pape. So segalanya berjalan macam besa la. tadak apaperubahan, aku dan Ayu pn makin rapat. Dah nak abeh sem dah aku ni.. aku happy sangat.. kami pun dah nak abeh exam final ni. Setahun selepas grad, aku masih dengan Ayu, indah sangat.. besa la orang bercinta kan. Mana ada hat tak manis ni kan, rasa kalau kata setan gula lawan ng kemanisan kami bercinta ni, kalah gula tu. hihi.. kami pun dah mula berkira2 nak kahwin. 

Tapi segalanya tak seindah dikata, satu hari, aku kemalangan. Teruk sangat kecederaan aku ni. Aku koma hampir setengah tahun. Setelah aku sedar kan, aku mula mencari, Ahmad, mana dia ni? Napa dia tadak di tepi aku ae? Adakah dia sibuk. Aku masih lagi mencari dia.. lawak pun ada jugak, padahal si Ayu tu gepren aku kan, bakal merangkap tunang and bini aku, tapi tak pulak aku mencari dia.. tapi leh aku p cari Ahmad. Sebulan aku dalam wad selepas sedar sebab aku berada dalam pemerhatian doctor, sebab kata depa kan, ada organ dalaman aku yang ditukarkan selepas accident tu. tapi aku masih tercari, mana Ahmad. Takkan sebulan aku kat sini dia tak mai melawat pun. 

Seminggu lepas aku keluar dari wad, aku tanya kepada Ayu.

“Syg, mana Ahmad? Napa dia tak datang melawat I pun? Dia p mana?” kataku.

“Ahmad, ada ja. Dia tadapat hadir la dear.. “

“mana dia? napa dia tak datang.. I tak kira, I nak jugak jmpa dia..”

“u nak jumpa dia.. takyah la.. dia bz kot.. mana sempat nak jumpa ng u.”

“I tak kira syg, I tak kira.. (nada merajuk) I nak jugak jumpa dia.. kalau tak I tanak makan ubat.. “

Dek kerana isaukan aku, keesokan paginya dia datang menjemput aku kat rumah dan di bawa aku berjumpa Ahmad. Aku rasa pelik, sebab arah tujuan Ayu adalah ke tanah perkuburan. Bukan menghala ke rumah sapa-sapa. Atau mungkin ke kilang atau office yang sepatutnya jadi tempat Ahmad. Sesampainya disana, 

“syg, mana Ahmad,? U cakap nak bawa I jumpa Ahmad?”

“u ikut la I dulu, jap agi I bawa u jumpa Ahmad ye syg?”

Kami pun berjalan, berpusing kat dalam kawasan perkuburan tu, sampai la aku lalu dan smpai kat depan satu kubur tu. aku tertaya jugak napa Ayu berhenti kat sini. Tapi hari aku sebak sebaik aku terpandang nisan putih dihadapanku, tertulis, Ahmad bin Abdullah. Seraya itu air mata aku berderai dari mata. Aku menangis tak berhenti melihatnya. Ayu terdiam, tanpa kata dia serahkan sepucuk surat kepada ku. Di hulurkan kepada aku, sebotol minyak angin dan surat kepada ku. Ni antara isi surat tu..

Assalamualaikum. 
Kehadapan sahabatku tersayang, 
Tiada lain aku pinta melainkan aku mahu kau kuat menghadapi apa sahaja ujian yang datang dalam hidupmu. Sebaik kau menatap surat ini sahabatku, sila tahu yang aku sudahpun tiada lagi dalam alam dunia ni. Aku sudah selamat di jemput ALLAH untuk menemuinya, wahai sahabatku. Aku suddah pergi meninggalkan kamu sahabatku. 
Tiada lain dari ku hanya ucapan berjuta terima kasih kerana kau telah menjadi sahabat yang baik sepanjang tempoh perkenalan kita. Aku tak larat nak gelak tiap kali aku terkenang sikap nakal kamu tu. tapi aku jugak takkan henti menangis tika saat aku lihat kamu terbaring kaku di atas katil hospital.

Sahabatku, 
Aku dah lama nak luah kan kepada kau, yang aku tersangat terima kasih atas jasa “SEBOTOL MINYAK ANGIN” yang kau hulurkan kepada arwah ayah satu masa dulu. Aku takkan lupa jasa yang pernah ang hlurkan kepada arwah ayah aku yang sudah pegi meninggalkan aku dulu . walau selepas kejadian tu dia tak lama, tapi jasa ang yang mengubat arwah ayah amat aku hargai. Terimalah pemberian dari aku tu, sila simpan bebaik, tu la botol yang ang pernah bagi pada arwah ayah satu masa dulu kalau ang pasan. , terima kasih sahabat. Aku puas sebab aku dapat tunaikan impian aku, beri kgembiraan pada ang. Dan cuba jaga ang balik sebagai menjawap kebaikan ang pada arwah. 

Terima kasih sahabat. Aku berdoa agar kita jumpa di pintu syurga sahabat. Aku rindu gelak gatai ang tu. terima kasih sangat. Bila kau ingatkan aku, hadiahkanlah Al-fatihah buat aku, jangan lupa doa tau, nak jumpa aku kat sana nanti. Jaga Ayu bebaik. Dia tu sgt sygkan ang sahabatku.. 
Dan salam berjuta maaf dari aku, andai ada buat salah kat ang sepanjang kita bersahabat. 
 
Terima kasih. 
Ahmad

Aku sebak. Air mata aku tak henti dari keluar. Aku berpusing dan bertanya kepada Ayu,

“dia yang beri organ dia tu untuk I kan? “

Ayu yang turut sebak Cuma mampu menggangguk.
Ya ALLAH, kau ampunkan la dosa sahabatku ini Ya ALLAH, dia mulia kerana dia beri aku sesuatu yang sepatutnya tak perlu pun dia beri dan sebab itu dia pergi.. Ya ALLAH, tempatkan dia di kalangan para solehin janganlah kau azab dia ya ALLAH. Berikan dia semulia2 tempat di sampingmu ya ALLAH. Amin yarabbal alamin. 

No comments:

Post a Comment