Aku Ikut....

Wednesday 12 December 2012

Prolog Novel Bukan Cinta Monyet M/S 1 (Versy ubahsuai)

                  BERPELUH-PELUH Muzzammil Aiman mengayuh basikal tua menyusuri jalan yang berbatu-batu dan tidak rata sambil membawa adiknya yang berusia sembilan tahun itu. Kekadang tayar basikalnya tergelincir namun sempat dia mengimbanginya. Dia sudah biasa dengan jalan itu. Jalan yang selalu dia gunakan apabila berulang-alik menjual kuih dan kerepek.                 Selalunya hanya Muzzammil Aiman yang menjual kuih di sekitar Kampung Tok Dik. Namun kali ini Wany Amny beria-ria mahu mengikutnya. Walaupun pada sebelumnya ummi membantah, tetapi kerana kasihan melihat muka sedih Wany Amny,ummi akhirnya mengalah. Sekurang-kurangnya Wany Amny dapat menjadi teman kepada Muzzammil Aiman waktu dia bekerja.               "Abang kayuhlah laju-laju... tak best  lah... " Wany Amny merengek manja. Sengaja mengusik abangnya yang terkial-kial mengayuh basikal.              " Macam mana nak kayuh basikal laju-laju?Wany ni berat sangat banyak makan ke apa?"         

No comments:

Post a Comment