Aku Ikut....

Wednesday, 12 December 2012

Cinta,Hanya Kita (Cerpen)



Aku melihat dia berlari jauh meninggalkan aku. Sudah perit tekakku memekik namanya.  Kali ini aku tahu aku sudah keterlaluan. Mungkin cinta ini akan berakhir disini. Namun bukan ini yang ku inginkan! Aku hanya mahu kau tahu bahawa kisah cinta ini hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Aku hanya mahu kita tahu betapa manisnya cinta yang kita lalui. Hanya kita. Salahkah aku?

“Eh,Man. Betul ke kau bercinta dengan budak perempuan yang cun tu? Part 4 kos business? Wahh. Makin hebat kau sekarang!” kata Izat bersemangat sambil menepuk-nepuk bahu Man. Man hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kenyataan yang Izat berikan tadi.
“Suka hati kau je.  Jangan nak merepeklah.  Aku dengan dia kawan je.” Man merundung sendiri. Diperhatikan kiri dan kanan agar tiada siapa terdengar perbualan itu. Dilihatnya Izat berlalu pergi. Kawan baiknya yang selalu ada disisi. Namun bukan semua perkara akan dikongsi bersama.

Perempuan itu,Izatul Maysa. Sempurna buat aku. Ya,dia kekasihku. Satu-satunya wanita yang aku cintai. Aku tak mahu mengakuinya. Aku mahu simpan rahsia ini sampai satu saat nanti. Baru aku umumkan.
“Man,sampai bila awak nak rahsiakan hubungan kita? Siapa saya dihati awak?” Maysa menegurku.
“Maysa,saya bukan nak berahsia cuma saya nak hanya kita sahaja yang tahu kisah cinta ini. Awak wanita yang sempurna dalam hati saya. Salah ke kalau saya mahu menyintai awak dalam diam?” pujukku kaku.
“Ikut awaklah,Man. Terima kasih untuk akuan itu.” Senyum Maysa. Manis.
Man melangkah bersama Maysa untuk teruskankelas yang telah ditetapkan. Ya. Merekalah satu-satunya pasangan kekasih yang masih belum mahu mengakui kisah cinta mereka. Mereka kata ini kisah antara aku dan dia bukan satu dunia. Namun jauh dihati Maysa,dia cemburu. Dia takut hatinya dipermainkan.

“Maysa! Tunggu kejap! Aku nak tanya kau sesuatu ni!” jerit Izat dari jauh yang sedang lari mengejar langkah Maysa.
“Ada apa izat? Aku nak cepat ni.”ujar Maysa. Malas mahu melayan hal yang remeh temeh.
“Ala,kejap jela. Eh,kau bercinta dengan Man,kan,kan,kan?”ujar izat yakin.
“Hurm,Ya. Kenapa?” ujar Maysa jujur. Terlupa kenyataan bahawa kisah aku bukan untuk satu dunia.
“Tipulah. Hari tu aku tanya Man,tapi dia kata tak pun. Kau kelentong aku ek?” Izat mengambil langkah untuk serkap jarang.
“Hah??! Dia kata tak??!” jerit Maysa sakit hati terus berlalu pergi meninggalkn Izat yang sedang tersenyum penuh makna.

Man duduk dibawah pokok Pine yang tertanam indah disudut jalan. Terpencil dan hijau.  Dia terkenang kenangan indah bersama Maysa. Ketika suatu petang dulu,mereka berjalan berpimpin tangan dipasiran pantai. Walau aku dan dia agak malu-malu namun kami bahagia. Kami rasa dunia ini bagaikan kami yang punya. Walau tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan dia. Saat indah itu berlalu dengan pantas. Namun,akhir-akhir ini bagaikan ada sesuatu yang mencacat celakan kenangan ini. Maysa bagai merajuk denganku. Seolah-olah menjauhkan diri dariku. Tidak tahukah dia bahawa aku terlalu merinduinya. Bagai mahu menjerit memanggil namanya. Sayu hatiku. Apakah salahku kini?

“Maysa!” jerit Man. Man bangun dari kerusi yang didudukinya dibawah pokok Pine tadi dan mengatur langkah untuk mendekati Maysa. Maysa hanya diam membisu. Mukanya kelat. Bagai ada sesuatu yang dipendamnya. Man tanya berkali-kali. Mendesak,mendesak dan terus mendesak sehinggakan..

“Cukuplah,Man!!” Maysa menjerit marah dan dia campak buku-buku yang dipegangnya ketepi.
“Cukuplah. Saya dah penat. Saya dah penat dengan sandiwara awak! Dengan saya awak kata lain. Tapi dengan Izat awak cakap lain!” bentak Maysa.
“Awak cakap apa ni,Maysa? Saya tak faham.  Apa yang izat cakap?” soal Man bertalu-talu.
“Jangan berdolak-dalih lagi Man. Awak kata pada Izat yang kita tak bercinta. Tapi dengan saya? Awak kata awak cintakan saya!” Maysa mula menanggis dalam marah. Kini semua yang terpendam sudah pun diluahkan.

“Maysa,awak lupa ke? Kan kita dah berjanji untuk biarkan kisah cinta ini hanya aku dan kau bukan satu dunia. Kalau kerana kenyataan inilah awak sampai tak bertegur dengan saya,saya minta maaf,Maysa. Namun hati saya tak pernah menipu. Hati saya hanya milik awak.” Man jatuh terduduk. Tunduk kesal.

“Saya mahukan cinta yang tampak dimata mereka,Man. Cinta yang nyata. Jujur saya katakan,saya cemburu melihat mereka bercinta tanpa perlu segan-silu. Saya hanya mahu mereka tahu tentang hubungan kita.” Tanggis Maysa sayu. Matanya mula sembap dan kemerah-merahan. Dalam hiba dia mengatakan “Saya rasa..saya tak layak buat awak,Man. Saya minta maaf.” Kata Maysa sambil mengutip satu persatu bukunya dan mula melangkah pergi meninggalkan Man.

Man mula sedar yang dia sudah kehilangan cinta dari Izatul Maysa. Dia melihat Maysa pergi dalam pandangan kabur akibat dari linangan airmatanya yang mencurah-curah. Dalam hiba.

“Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!” jerit  Zamani Sulaiman dengan lantang dan penuh syahdu.  Airmatanya deras mengalir. Dan akhirnya dia tertunduk kembali.  Kali ini dia tak peduli lagi setiap bisikan suara dan pandangan mata yang sedang memerhatikan kisah cinta mereka. Dia puas walau mungkin ianya takkan bercantum lagi.

Bunyi tepukan gemuruh dari orang sekeliling menyedarkannya. Izat sedang memegang kamera video dan berdiri disamping Maysa. Man mula sedar bahawa ini satu sandiwara. Dilihatnya Maysa memegang kek Selamat hari lahir yang ke 21 tahun buatnya. Man terpinga-pinga. Seolah-olah baru sedar dari mimpi yang ngeri.
“Akhirnya,kau megaku jugak yang kau cintakan Maysa. Dulu aku tanya,mati-mati kau nafikan segalanya.” Ujar Izat tersenyum.

“Apa semua ni? Maysa? Izat?” soal Man. Matanya masih merah akibat terlalu syahdu melayan jiwang. Tanpa dia sedar yang Izat sudah lama merakamkan segala sandiwaranya bersama Maysa sebentar tadi.
“Rileks,Man. Selamat hari lahir wahai sahabat baikku. Ini hadiah untuk kau yang paling indah aku bagi. Sebab kau tak nak mengaku sendiri,jadi aku pakat dengan Maysa untuk kenakan kau. Tulah,siapa suruh jual mahal sangat. Kan dah kena bang bang boom! Hahahaha!” ketawa Izat.

“Sampai hati kau Izat! Aku ingat tadi aku dah hilang Maysa. Untuk Maysa,aku sanggup buat apa sahaja. Aku cintakan dia tapi aku mahu kisah ini menjadi kisah aku dan dia sahaja. Mungkin aku salah.” Mata Man bertentang dengan Maysa.
Maysa mendekatinya. Dihulurnya kek yang sudah terpasang lilin. Man meniup lilin itu. Maysa meletakkan kek itu ke tepi dan mengelap airmata Man. 

“Maafkan saya. Saya cuma mahu tahu kebenarannya. Dan ternyata ia cinta. Cinta kita. Tapi kini tidak lagi menjadi rahsia. Izat pujuk saya untuk kenakan awak. Sempena hari lahir awak. Saya tak nak. Tapi kata Izat,mungkin dengan cara ini dapat membuka mulut awak untuk memberitahu rahsia kita. Kalau awak tak jerit tadi,mungkin awak benar-benar kehilangan saya. Saya juga mencintai awak,Zamani Sulaiman. Selamat hari lahir,sayang. Maafkan saya.” Tutur Maysa lembut. Man tersenyum. Digenggam erat tangan mulus itu. Bagai tak mahu dilepaskan lagi.

“So,lets celebrate our romeo's birthday.” Kata Izat memecah suasana.  Dipotongnya kek dan dihulur kepada Man. Man mengenakan Izat dan Maysa. Man calitkan krim kek itu ke pipi Maysa dan hidung Izat. Mereka berkejaran ditaman indah itu. Pokok Pine menjadi saksi kebahagiaan mereka. Suara teriakkan,tawa silih berganti.
Man menghantar Maysa pulang ke rumah. Sebelum Maysa melangkah masuk ke rumah,Man bisikan sesuatu yang membuatnya senyum malu.

“Lepas interview minggu depan,kalau tak ada aral melintang,insyaALLAH,saya hantar rombongan meminang,ek?” kata Man sepatah demi sepatah. Maysa kaku. Namun,dia tunduk malu. Mengangguk setuju.

“Man! Tahniah! Kau dah nikah pun akhirnya. Nah,ni hadiah kahwin kau dengan Maysa.  Jangan berebut,okey? Hahaha. I got to go now. Next year i will be back,insyaALLAH.” Kata Izat. Dia mahu pergi menyambung pelajaran ke Australia. Mungkin dia akan bertemu jodoh disana.

Man dan Maysa membuka hadiah yang diberikan oleh Izat. Sekeping cakera padat. Tertulis ‘Cinta,hanya kita.’ Berserta nota pendek dari Izat. kalau korang bergaduh,tengoklah balik video ni. Mungkin ia dapat buat korang tersenyum indah. Tahniah sekali lagi buat korang. –Izat
Maysa memasang cakera padat tersebut untuk melihat video apa yang diberikan oleh Izat. Skrin itu memaparkan tajuk ‘Cinta,Hanya kita.’ –Man dan Maysa- 

Izat telah merakamkan segala gerak-geri Man dan Maysa. Semasa mereka dipantai. Pertama kali memegang tangan. Sehinggalah saat Man mengatakan “Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!”

No comments:

Post a Comment